Oct 23, 2025 - FASSelangor FC kini berada di Bandung, Indonesia bagi perlawanan ketiga saingan AFC Champions League Two 2025/26 menentang Persib di Stadium Gelora Bandung Lautan Api hari ini pada jam 8:15 malam ini.
Tahun kedua Gergasi Merah bersaing dalam saingan ini, pasukan telah diundi dalam Kumpulan G bersama Bangkok United FC, Lion City Sailors FC dan Persib Bandung.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel, menyatakan pasukan sudah bersedia menghadapi himpunan para penyokong pihak lawan dan percaya para pemain akan berikan yang terbaik.
“Kita telah membuat persiapan yang baik dalam masa yang singkat. Pemain berada dalam keadaan yang baik dan bersemangat. Saya sepenuhnya percaya para pemain dan pasukan. Jadi, saya yakin kita akan memberikan yang terbaik dalam perlawanan malam ini,” kata Gamel.
“Persib mempunyai ramai pemain berbakat, tetapi fokus saya sentiasa kepada pasukan sendiri. Siapa pun yang kita hadapi, akan menjadi cabaran yang hebat, tetapi keutamaan kita adalah untuk menumpukan perhatian kepada diri kita sendiri. Kehadiran para penyokong yang memenuhi stadium adalah satu perkara yang hebat; minggu lalu kita alami situasi yang sama, jadi kita sudah bersedia untuk atmopera seperti ini kerana sedikit sebanyak akan membantu pasukan untuk tunjukkan prestasi terbaik,” tambahnya lagi.
Bagi keberadaan pemain sebelum perlawanan menentang Persib, Mukhairi Ajmal dan Picha Autra dalam fasa pemulihan daripada kecederaan di bahadian Hamstring. Selain daripada mereka, para pemain Gergasi Merah lain bersedia untuk untuk berjuang demi lencana di dada.
Pihak pengurusan Selangor FC sentiasa berada di belakang pasukan dan mendoakan kejayaan pasukan menentang Persib pada malam ini.
Demi Kebanggaan!